Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia terima lagi 1.8 juta dos vaksin Sinovac COVID-19

Indonesia menerima penghantaran kedua vaksin COVID-19 dari Sinovac pada Khamis (31 Dis), kata menteri ehwal luar dan kesihatannya, sedang negara dengan jumlah penduduk keempat paling ramai di dunia itu bersedia melancarkan program pemvaksinan besar-besaran.

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia terima lagi 1.8 juta dos vaksin Sinovac COVID-19

Seorang pegawai Indonesia periksa penghantaran vaksin Sinovac (Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 31 Dec 2020 05:00PM Dikemas Kini : 31 Dec 2020 05:03PM

JAKARTA: Indonesia menerima penghantaran kedua vaksin COVID-19 dari Sinovac pada Khamis (31 Dis), kata menteri ehwal luar dan kesihatannya, sedang negara dengan jumlah penduduk keempat paling ramai di dunia itu bersedia melancarkan program pemvaksinan besar-besaran.

Pemerintah menerima 1.8 juta dos vaksin buatan China itu, iaitu tambahan kepada 1.2 juta yang diterimanya pada 6 Disember, dan menyasarkan untuk memberi vaksin kepada 267 juta penduduknya secara percuma, bermula dengan pekerja kesihatan di barisan hadapan.

"Sebelum orang ramai kembali bekerja pada Januari, vaksin dapat diagihkan ke 34 wilayah, supaya kami boleh memulakan program vaksinasi untuk para pekerja kesihatan," kata menteri kesihatan Budi Gunadi Sadikin dalam satu siaran langsung.

"Kami memerlukan lebih 12 bulan untuk menyelesaikan program vaksinasi ini," tambah Encik Budi.

Negara itu dijangka akan menerima vaksin virus korona dari AstraZeneca dan Pfizer masing-masing sebelum hujung tahun dan pada minggu pertama Januari, dan telah bersetuju untuk membeli 50 juta dos bagi setiap vaksin.

Indonesia masih menanti kelulusan untuk mula menggunakan vaksin Sinovac.

Secara keseluruhan, Indonesia sudah memeterai perjanjian bagi 329 juta dos vaksin, termasuk sekitar 125 juta dari Sinovac, 50 juta dari Novavax dan 54 juta dari program vaksin global COVAX.

Negara itu mencatatkan lebih 727,000 kes COVID-19 dan 21,700 kematian, antara yang tertinggi di Asia.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan