Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia temui perakam suara kokpit pesawat Lion Air

Indonesia sudah menemui perakam suara kokpit daripada sebuah pesawat Lion Air lebih dua bulan selepas pesawat jenis Boeing Co 737 MAX itu terhempas ke dalam laut dekat Jakarta, mengorbankan semua 189 penumpang dan anak kapal. Demikian menurut seorang pegawai hari ini (14 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Jan 2019 12:28PM Dikemas Kini : 14 Jan 2019 10:11PM

JAKARTA: Indonesia sudah menemui perakam suara kokpit daripada sebuah pesawat Lion Air lebih dua bulan selepas pesawat jenis Boeing Co 737 MAX itu terhempas ke dalam laut dekat Jakarta, mengorbankan semua 189 penumpang dan anak kapal. Demikian menurut seorang pegawai hari ini (14 Jan).

"Ia sudah ditemui tetapi kami belum menerima maklumat mengenai lokasinya," kata Haryo Satmiko, Timbalan Ketua Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Indonesia (KNKT), menerusi kiriman teks.

Alat perakam suara kokpit itu adalah salah satu daripada dua kotak hitam yang penting bagi siasatan nahas pesawat tersebut.

Pada 8 Januari, Indonesia melancarkan semula usaha mencari alat perakam suara kokpit itu selepas pesawat berkenaan terhempas ke dalam Laut Jawa pada Oktober lalu.

Nahas itu adalah yang pertama di dunia melibatkan sebuah pesawat jenis Boeing 737 MAX.

Hubungan dengan pesawat Lion Air JT610 itu terputus 13 minit selepas ia berlepas dari Jakarta menuju ke Pangkal Pinang di arah utara, pada 29 Oktober.

Satu lagi kotak hitam, iaitu alat perakam data penerbangan, ditemui tiga hari selepas nahas tersebut. 

Sumber : Reuters/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan