Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia tegas larang iklan rokok online

Indonesia, yang menjadi pengeluar rokok keempat terbesar dunia, akan membasmi iklan tembakau di internet yang menyasarkan perokok muda, menurut Menteri Komunikasi pada Khamis (13 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia tegas larang iklan rokok online

(Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 14 Jun 2019 04:13PM Dikemas Kini : 14 Jun 2019 04:41PM

JAKARTA: Indonesia, yang menjadi pengeluar rokok keempat terbesar dunia, akan membasmi iklan tembakau di internet yang menyasarkan perokok muda, menurut Menteri Komunikasi negara itu pada Khamis (13 Jun).

Kumpulan aktivis kesihatan berkata, semakin ramai remaja merokok di Indonesia, yang sudah pun mengekang iklan rokok di seluruh negara, termasuk melarang tajaan untuk mempromosikan produk tembakau, meskipun pelaksanaannya tidak dilakukan secara konsisten oleh pihak berkuasa tempatan.

Menteri Komunikasi, Rudiantara, sudah memberikan arahan kepada pasukannya supaya menyekat semua iklan rokok di internet selepas diminta berbuat demikian oleh Menteri Kesihatan.

“Sejurus selepas menerima surat, Menteri Komunikasi dan Penerangan, Rudiantara, mengarahkan semua kandungan iklan rokok di internet diharamkan,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Encik Rudiantara berkata, pasukannya sudah menemui kandungan rokok dalam 114 saluran media sosial, termasuk Facebook, Instagram dan Youtube, yang melanggar undang-undang dan kini akan disekat.

“Kami berharap dengan menyekat iklan rokok di internet, kami boleh mengurangkan jumlah perokok, terutama dalam kalangan remaja," menurut Menteri Kesihatan, Nila Moelek, seperti dinukil akhbar Jakarta Post.

“Tiga daripada empat remaja tahu mengenai iklan rokok menerusi media online.”

Media di Indonesia, yang terkenal dengan ‘kretek’ atau rokok bunga cengkih, menyatakan data tinjauan kesihatan menunjukkan tabiat merokok dalam kalangan usia 10 hingga 18 tahun meningkat kepada 9.1 peratus tahun lalu daripada 7.2 peratus pada 2013.

Kira-kira dua pertiga lelaki Indonesia merokok setiap hari, dan lebih 21 peratus budak lelaki berusia antara 13 dengan 15 tahun kerap merokok, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada 2017.

Sumber : Reuters/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan