Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia tangkap semula suspek dadah rakyat Perancis yang lari dari penjara

Seorang pesalah dadah rakyat Perancis berjaya ditangkap semula selepas dia melarikan diri dari sebuah penjara di Indonesia hampir dua minggu lalu, menurut polis hari ini (2 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia tangkap semula suspek dadah rakyat Perancis yang lari dari penjara

Felix Dorfin berjaya ditangkap semula selepas melarikan diri dari sebuah penjara di Indonesia. (Gambar: Pikong/AFP)

Diterbitkan : 02 Feb 2019 03:41PM Dikemas Kini : 02 Feb 2019 03:44PM

MATARAM, INDONESIA: Seorang pesalah dadah rakyat Perancis berjaya ditangkap semula selepas dia melarikan diri dari sebuah penjara di Indonesia hampir dua minggu lalu, menurut polis hari ini (2 Feb).

Felix Dorfin - yang menghadapi hukuman mati jika sabit kesalahan - didapati menyembunyikan diri di sebuah hutan di Lombok Utara pada malam semalam (1 Feb), menurut polis. Dia akan dihantar semula ke sebuah penjara di Mataram, ibu kota pulau tersebut.

Pada mulanya, Dorfin - yang berpakaian hitam serta kelihatan letih dan tidak kemas - cuba memberi sogokan kepada para pegawai supaya melepaskannya.

"Dia tidak menentang, tetapi sebaliknya dia mahu memberi sogokan kepada para pegawai kami," kata Ketua Polis Lombok Utara Herman Suriyono hari ini (2 Feb), sambil menambah Dorfin berjaya ditemui selepas pihaknya menerima maklumat daripada para penduduk di kawasan berkenaan.

Selepas diperiksa oleh pasukan-pasukan perubatan, Dorfin akan dihantar pulang ke penjara.

Dorfin, 35 tahun, diberkas pada September lalu kerana membawa sebuah bagasi yang mengandungi dadah seberat empat kilogram - termasuk kokain, ekstasi dan amphetamina - di lapangan terbang pulau perangingan itu, yang terletak bersebelahan Bali.

Pada Jumaat (1 Feb), para pegawai berkata seorang pegawai polis wanita juga diberkas kerana dipercayai membantu Dorfin melarikan diri setelah menerima rasuah Rp 14.5 juta (S$1,400).  

Sumber : AFP/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan