Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia seru Saudi buat keputusan tentang ibadah Haji ke Makkah

Indonesia pada Selasa (19 Mei) menyeru Arab Saudi untuk memutuskan jika ia akan membenarkan ibadah haji tahunan ke Makkah selepas pandemik virus korona menimbulkan keraguan sama ada ia akan diteruskan.

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia seru Saudi buat keputusan tentang ibadah Haji ke Makkah

Suasana di Makkah 1 Ramadan pada 24 Apr 2020 (Gambar: Reuters/Yasser Bakhsh)

Diterbitkan : 20 May 2020 12:00AM Dikemas Kini : 20 May 2020 09:29AM

JAKARTA: Indonesia pada Selasa (19 Mei) menyeru Arab Saudi untuk memutuskan jika ia akan membenarkan ibadah haji tahunan ke Makkah selepas pandemik virus korona menimbulkan keraguan sama ada ia akan diteruskan.

Tahun lalu, sekitar 2.5 juta umat Islam dari merata dunia melakukan perjalanan ke Arab Saudi bagi ibadah haji.

Ibadah umrah sepanjang tahun digantung pada Mac, sedang Arab Saudi meminta umat Islam untuk menunda persiapan mereka buat sementara, sedang wabak COVID-19 menular.

Namun pihak berkuasa Saudi belum mengumumkan sama ada ia akan meneruskan dengan ibadah haji tahun ini, yang berlangsung pada hujung Julai.

Kementerian ehwal agama Indonesia menyatakan satu keputusan patut dibuat sebelum bulan Ramadan berakhir hujung minggu ini.

"Kami berharap keputusan rasmi tentang sama ada ibadah haji akan diteruskan atau dibatalkan akan diumumkan tidak lama lagi," kata jurucakap kementerian Encik Oman Fathurahman kepada AFP pada Selasa.

Indonesia adalah negara majoriti penduduk Islam yang terbesar di dunia dengan sekurang-kurangnya 231,000 rakyatnya telah berdaftar untuk melakukan ibadah haji tahun ini - kumpulan terbesar dari mana-mana negara.

Namun Indonesia telah menangguhkan pengesahan tentang penginapan, pengangkutan dan kontrak-kontrak lain dengan pihak berkuasa pelancongan Saudi.

"Sehingga kini Kementerian Ehwal Agama belum menandatangani sebarang kontrak atau membuat bayaran pendahuluan bagi khidmat haji di Arab Saudi," katanya.

Penyelenggaraan ibadah haji merupakan sumber pendapatan utama Saudi namun ia boleh menimbulkan risiko besar penularan jika ketibaan beramai-ramai para jemaah ke tapak suci Makkah dibenarkan. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : AFP/EM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan