Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia sekat warga asing lawat Papua

Indonesia menguatkuasakan sekatan ke atas warga asing daripada melawat wilayah Papua, menurut pemerintah pada Selasa (3 Sep), selepas empat warga Australia diusir berhubung dakwaan mereka menyertai bantahan yang menuntut kemerdekaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia sekat warga asing lawat Papua

Para aktivis Indonesia berkumpul di Surabaya untuk mempromosikan keamanan di rantau Indonesia. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 04 Sep 2019 08:57AM Dikemas Kini : 04 Sep 2019 08:59AM

JAKARTA: Indonesia menguatkuasakan sekatan ke atas warga asing daripada melawat wilayah Papua, menurut pemerintah pada Selasa (3 Sep), selepas empat warga Australia diusir berhubung dakwaan mereka menyertai bantahan yang menuntut kemerdekaan.

Papua menyaksikan bantahan besar-besaran selama dua minggu dan rusuhan buruk yang tercetus angkara amarah berkaitan isu perkauman serta desakan baru untuk mentadbir sendiri wilayah tersebut.

Pada Selasa, Menteri Politik Hukum dan Keamanan Indonesia Wiranto berkata negara itu akan menghadkan kemasukan warga asing ke wilayah paling timur itu, yang menjadi destinasi pantai popular, atas keprihatinan keselamatan dan menyekat sesiapa disyaki mahu menghasut.

“Kami akan menghadkan buat sementara kemasukan ke Papua.

“Ia tidak bermakna kami tidak akan membenarkan sesiapa pun masuk. Ada tapisan berdasarkan isu keselamatan,” kata Wiranto tanpa mengulas lanjut.

Tidak dapat dipastikan sama ada sekatan baru itu akan menghalang wartawan asing daripada pergi ke wilayah, yang menjadi subjek arahan pemerintah supaya khidmat internet digantung sejak ketegangan meletus. - satu dasar yang dikecam oleh pihak media serta para penyokong kebebasan untuk bersuara.

“Ini untuk melindungi warga asing daripada menjadi mangsa rusuhan.

“Sukar untuk membezakan antara warga asing yang ada di situ untuk membuat provokasi dan campur tangan daripada mereka yang melancong ke sana,” jelas Wiranto lanjut.

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan