Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia pertingkat saringan COVID-19 di Jawa Timur

Indonesia akan memperhebatkan ujian saringan dan mengesan kes COVID-19 di wilayah Jawa Timur yang menjadi kawasan penularan baru wabak, lapor agensi berita Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia pertingkat saringan COVID-19 di Jawa Timur

Seorang peniaga di sebuah pasar tradisional menjalani ujian swab di Depok, berhampiran Jakarta, Indonesia, pada 16 Mei 2020. (Gambar: Asprilla Dwi Adha/Antara Foto menerusi REUTERS)

Diterbitkan : 29 May 2020 07:48AM Dikemas Kini : 29 May 2020 07:50AM

JAKARTA: Indonesia akan memperhebatkan ujian saringan dan mengesan kes COVID-19 di wilayah Jawa Timur yang menjadi kawasan penularan baru wabak, lapor agensi berita Xinhua.

Presiden Indonesia Joko Widodo pada Rabu (27 Mei) berkata keutamaan perlu diberikan kepada wilayah itu berbanding wilayah-wilayah lain memandangkan lonjakan pada jumlah kes COVID-19 yang dicatatkan di wilayah berkenaan kian meningkat sejak kebelakangan ini.

Beliau turut menekankan mengenai pentingnya saringan berskala besar dan pengesanan terhadap mereka di bawah pemantauan dan pengawasan.

Selain menerapkan prosedur pengasingan yang ketat, pelaksanaan protokol kesihatan juga harus dilakukan, kata Presiden Jokowi.

Katanya lagi, untuk menguatkuasakan peraturan penjarakan sosial berskala besar, tentera dan polis akan dikerahkan ke wilayah itu.

Sehari sebelum itu, pemerintah Indonesia memutuskan untuk mengerahkan hampir 350,000 anggota tentera untuk mengawal keadaan.

Presiden Indonesia itu turut memberi amaran lonjakan kedua jangkitan diramal melanda memandangkan ratusan ribu orang dijangka kembali ke bandar selepas meraikan Aidilfitri di kampung.

COVID-19 setakat ini sudah mengorbankan 1,473 orang di Indonesia dengan 23,851 dijangkiti virus tersebut, menurut Kementerian Kesihatan pada Rabu. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Bernama/AW/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan