Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia penyumbang ke-2 terbesar sisa plastik di dunia

Secara purata, dalam sehari, Cik Nike Rahmawati dan keluarganya menggunakan lebih 25 helai plastik, dua botol plastik dan dua bekas plastik.

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia penyumbang ke-2 terbesar sisa plastik di dunia
Diterbitkan : 24 Jul 2019 09:01PM Dikemas Kini : 24 Jul 2019 09:03PM

JAKARTA: Secara purata, dalam sehari, Cik Nike Rahmawati dan keluarganya menggunakan lebih 25 helai plastik, dua botol plastik dan dua bekas plastik.

Daripada membeli-belah di pasar kepada membeli makanan di warung, suri rumah berusia 47 tahun itu merupakan salah satu daripada jutaan warga Indonesia yang menyumbang kepada sisa plastik di negara tersebut di mana ia semakin menghadapi cabaran memproses sampah.

Indonesia adalah negara keempat di dunia yang padat dengan penduduk - seramai 260 juta orang. Maka itu tidak hairanlah jika ia merupakan penyumbang kedua terbesar sisa plastik di dunia, menurut satu kajian pada 2015 yang diterbitkan oleh jurnal Sains.

Hampir setiap barang yang dibeli oleh Cik Rahmawati di pasar didatangkan dalam plastik, katanya. Meskipun beliau cuba untuk menggunakan semula sesetengah plastik, kebanyakannya tetap berakhir di dalam tong sampah.

Cik Rahmawati megakui memang sukar untuknya menjalani kehidupan seharian secara 'bebas plastik'. Namun beliau sedang berusaha untuk membawa bakulnya sendiri ke pasar tiap kali hendak membeli barang-barang dapur.

Cik Nike Rahmawati membeli barang-barang dapur di pasar. 

Cik Nike Rahmawati membeli barang-barang dapur di pasar. 

Kepulauan Indonesia dengan lebih 17,000 pulau sudah lama bergelut dengan masalah akan cara bagaimana untuk menangani sisa - kebanyakannya dihumban ke tapak pelupusan dan sering kali meresap ke sekitaran untuk mencemari sungai serta lautan.

Di seluruh dunia, kira-kira lapan juta tan plastik dihumban ke laut setiap tahun dan hal ini menjejas kehidupan marin selain mencemari rangkaian makanan manusia.

Menurut Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), China, Indonesia, Filipina, Vietnam dan Thailand menyumbang sehingga 60 peratus sisa plastik ke kawasan laut.

China penyumbang terbesar dengan sekitar 28 peratus sisa, manakala Indonesia di tangga kedua dengan 10 peratus sisa plastik. 

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan