Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia nafi jerebu M'sia dari Sumatera

Badan Meteorologi Indonesia menafikan bahawa keadaan jerebu di Malaysia adalah daripada Sumatera, Indonesia. Ini berdasarkan data satelit yang dikumpul sepanjang beberapa hari.

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia nafi jerebu M'sia dari Sumatera

(Gambar: Malay Mail)

Diterbitkan : 10 Sep 2019 09:54AM Dikemas Kini : 10 Sep 2019 09:57AM

KUALA LUMPUR: Badan Meteorologi Indonesia menafikan bahawa keadaan jerebu di Malaysia adalah daripada Sumatera, Indonesia. Ini berdasarkan data satelit yang dikumpul sepanjang beberapa hari.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) dilaporkan menepis laporan-laporan berita mengenai jerebu yang merentas negara di semenanjung Malaysia bermula dari Sumatra.

"Ia bukan laporan berita oleh media luar negeri," menurut timbalan BMKG Mulyono R. Prabowo dalam satu laporan oleh saluran media Indonesia Tempo.co pada Isnin (9 Sep).

Dalam laporan yang sama, Encik Mulyono berkata bahawa beberapa satelit sudah mengesan tompok-tompok panas di merata Asia Tenggara semasa tempoh 4 Sep hingga 8 Sep.

Menurutnya, BMKG mengesan 2,510 tompok panas di sekeliling rantau itu semasa tempoh ini – 727 tompok panas (pada 4 Sep), 619 (6 Sep), 648 (7 Sep).

"Tompok-tompok panas itu di merata Indonesia, Malaysia, Filipina, Papua New Guinea, Vietnam, Timor Leste, dan Thailand," tambah beliau, sambil menambah bahawa BMKG tidak mengesan jerebu merentas sempadan dari Sumatera ke Semenanjung Malaysia.

Kebakaran-kebakaran di Indonesia seringkali dikaitkan sebagai punca masalah jerebu yang dihadapi Malaysia setiap tahun.

Sumber : Today/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan