Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia mungkin rampas 1.4 juta hektar tanah sawit

Pemerintah Indonesia mungkin mengambil balik kawasan hutan seluas 1.4 juta hektar sebagai sebahagian daripada larangan terhadap pembersihan tanah untuk ladang sawit, menurut seorang pegawai pada Khamis.

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia mungkin rampas 1.4 juta hektar tanah sawit

(Gambar: Roni Bintang/Reuters)

Diterbitkan : 11 Oct 2019 01:25PM Dikemas Kini : 11 Oct 2019 01:28PM

JAKARTA: Pemerintah Indonesia mungkin mengambil balik kawasan hutan seluas 1.4 juta hektar sebagai sebahagian daripada larangan terhadap pembersihan tanah untuk ladang sawit, menurut seorang pegawai pada Khamis.

Tahun lalu, Presiden Joko Widodo mengeluarkan larangan permit baru untuk kelapa sawit selama tiga tahun dengan tujuan melindungi hutan negara itu. Dekri itu turut memberikan pihak pemerintah kuasa menilai semula lesen sedia ada dan membatalkannya, jika kawasan terbabit masih belum dibersihkan.

Pegawai pentadbir perhutanan di Kementerian Penyelaras Ehwal Ekonomi Indonesia, Prabianto Mukti Wibowo berkata, 5.8 juta hektar kawasan hutan diberi lesen untuk penanaman sawit. Namun, katanya, daripada jumlah itu 1.4 juta hektar masih belum ditukar kepada ladang dan masih diliputi pokok.

“Ia bergantung kepada penilaian kementerian alam sekitar. Selepas penilaian, menteri penyelaras boleh memperuntukkan tanah pemerintah untuk kawasan hutan atau sebagai tanah pertanian,” katanya.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan