Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia melarang semua kegiatan di sekitar Gunung Merapi

Pihak-pihak berkuasa melarang penduduk dan pengembara daripada melakukan kegiatan dalam lingkungan tiga kilometer dari puncak Gunung Merapi. 

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia melarang semua kegiatan di sekitar Gunung Merapi

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 14 Aug 2019 10:45PM Dikemas Kini : 14 Aug 2019 10:47PM

JAKARTA: Pihak-pihak berkuasa melarang penduduk dan pengembara daripada melakukan kegiatan dalam lingkungan tiga kilometer dari puncak Gunung Merapi. Ini sedang gunung tersebut, yang terletak di antara wilayah Jawa Tengah dengan Yogyakarta, meruahkan lahar panas pada pagi Rabu (14 Ogos) seperti dilaporkan oleh Agensi Berita Xinhua.

Gunung Merapi memuntahkan lahar panas yang mengalir sejauh 950 meter menghala ke hulu Sungai Gendol di kawasan sempadan kedua-dua wilayah tersebut pada jam 4.52 pagi waktu Jakarta. Demikian menurut jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNBP), Agus Wibowo.

Pengeluaran lahar panas dari kawah Gunung Merapi berterusan selama 95 saat dan ia dicatatkan mempunyai amplitud sehingga 50 milimeter.

Gunung berapi setinggi 2,968 meter itu menunjukkan peningkatan ketara kegiatan gunung berapi sejak beberapa hari lalu dengan 10 gegaran bumi kuat dicatatkan berlaku dalam pelbagai peringkat pada Sabtu (10 Ogos).

Status kecemasan gunung berapi itu ditetapkan pada peringkat dua daripada amaran tertinggi peringkat enam.

"Semua kegiatan mendaki gunung, kecuali bagi kegiatan pengurangan dan kajian, tidak disarankan. Para penduduk amat dinasihati untuk kekal berwaspada tentang kegiatan gunung berapi yang kian meningkat," kata Agus dalam satu kenyataan, merujuk kepada larangan yang dikenakan susuli perkembangan terkini.

Ledakan Gunung Merapi yang berlaku dari Oktober hingga November 2010 meragut 353 jiwa, memaksa pihak berkuasa untuk memindahkan lebih 350,000 penduduk di kawasan yang terjejas. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan