Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia, M'sia perlu tangkis tekanan EU ke atas industri kelapa sawit, kata Dr Mahathir

Dr Mahathir Mohamad berkata negaranya dan Indonesia perlu bekerjasama untuk menangkis kempen Eropah memburuk-burukkan industri minyak kelapa sawit kedua-dua negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia, M'sia perlu tangkis tekanan EU ke atas industri kelapa sawit, kata Dr Mahathir

Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir (kiri) dan Presiden Indonesia Joko Widodo. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 29 Jun 2018 07:24PM Dikemas Kini : 29 Jun 2018 07:33PM

JAKARTA: Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad berkata negaranya dan Indonesia perlu bekerjasama untuk menangkis kempen Eropah memburuk-burukkan industri minyak kelapa sawit kedua-dua negara.

Dr Mahathir menyarankan demikian semasa bertemu Presiden Indonesia, Joko Widodo di Istana di Bogor awal Jumaat (29 Jun).

Pertemuan itu adalah sebahagian daripada lawatan rasmi Dr Mahathir selama dua hari ke Indonesia.

Ia merupakan kunjungan pertama Dr Mahathir ke sebuah negara Asia Tenggara sejak kembali menjadi Perdana Menteri tujuh minggu lalu.

Kedua-dua pemimpin bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dalam beberapa bidang kepentingan bersama.

Mengenai minyak kelapa sawit, Dr Mahathir mendakwa langkah Kesatuan Eropah mengharamkan minyak keluaran Malaysia dan Indonesia itu bukan kerana isu sekitaran tetapi atas sebab persaingan ekonomi.

Indonesia dan Malaysia merupakan pengeluar terbesar minyak sawit dunia.

Sumber : Agensi berita/MU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan