Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia lulus penggunaan kecemasan vaksin COVID-19 Sinovac dari China

Badan Pengawas Ubat dan Makanan Indonesia (BPOM) hari ini (11 Jan) meluluskan penggunaan vaksin Sinovac dari China, dan proses suntikan untuk COVID-19 di republik itu akan bermula Rabu ini (13 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia lulus penggunaan kecemasan vaksin COVID-19 Sinovac dari China

Seorang pegawai Indonesia periksa penghantaran vaksin Sinovac (Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 11 Jan 2021 10:30PM Dikemas Kini : 11 Jan 2021 10:33PM

JAKARTA: Badan Pengawas Ubat dan Makanan Indonesia (BPOM) hari ini (11 Jan) meluluskan penggunaan vaksin Sinovac dari China, dan proses suntikan untuk COVID-19 di republik itu akan bermula Rabu ini (13 Jan).

Ketua BPOM Penny Kusumastuti Lukito dalam satu kenyataan berkata vaksin untuk COVID-19 itu disahkan selamat selepas menjalani ujian fasa ketiga di Indonesia, dan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pada 5 Januari lepas, Menteri Kesihatan Indonesia, Budi Gunadi Sadikin berkata Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) dan menteri kabinetnya akan mengambil suntikan vaksin COVID-19 pada 13 Januari (Rabu ini), bagi meningkatkan keyakinan rakyat republik itu terhadap vaksin berkenaan.

Vaksinasi itu kemudiannya akan diteruskan ke provinsi lain pada hari berikutnya secara serentak, dengan keutamaan diberikan kepada petugas kesihatan, pemimpin setempat dan seterusnya untuk rakyat republik berkenaan.

Sebelum ini pada 6 Disember 2020, Indonesia menerima 1.2 juta dos vaksin COVID-19 dari China, manakala 1.8 juta dos lagi vaksin diterima pada 31 Dis lepas.

Pemerintah Indonesia juga telah memeterai perjanjian membeli 426 juta lagi dos vaksin dari Astrazeneca, Pfizer, dan Novovax.

Sementara itu menurut data yang disiarkan di laman rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, covid19.go.id. hari ini, kes positif baru COVID-19 di republik itu adalah sebanyak 8,693 kes, menjadikan kes keseluruhan kini meningkat kepada 836,718 kes.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, 214 lagi kematian dilaporkan berlaku, menjadikan jumlah kematian keseluruhan akibat virus itu kini meningkat kepada 24,343 orang.

Sumber : Bernama/SU/nj
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan