Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia larang rakyat mudik ke kampung sambut Aidilfitri

Indonesia larang rakyat mudik ke kampung sambut Aidilfitri.

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia larang rakyat mudik ke kampung sambut Aidilfitri

Gambar fail. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 26 Mar 2021 09:27PM Dikemas Kini : 26 Mar 2021 09:29PM

JAKARTA: Indonesia hari ini (26 Mac) mengumumkan larangan bermudik atau balik kampung bagi menyambut Aidilfitri 1442 hijrah, dalam usaha menangani penularan pandemik COVID-19.

"Larangan mudik akan bermula pada 6 hingga 17 Mei 2021. Masyarakat tidak boleh melakukan pergerakan atau kegiatan-kegiatan ke luar provinsi atau daerah," kata Menteri Koordinator Bidang Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Indonesia Muhadjir Effendy dalam sidang media menerusi webinar hari ini.

Beliau berkata perincian berhubung larangan itu akan diumumkan pihak polis dan Kementerian Perhubungan (Pengangkutan).

Pada tahun lalu, Indonesia turut menguatkuasakan larangan bermudik semasa sambutan Aidilfitri.

Menurut data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia setakat semalam (25 Mac), lebih 1.48 juta orang sudah dijangkiti COVID-19, dengan 1.31 juta daripadanya sembuh manakala mereka yang maut akibat virus itu kini 40,081 orang.

Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan