Images
  • indonesia covid-19 airport jakarta
    Orang ramai di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta dekat Jakarta, Indonesia memakai pelitup di tengah pandemik COVID-19 (Gambar: Reuters/Willy Kurniawan)

Indonesia lapor lebih 11,000 kes baru COVID-19 dalam tempoh 24 jam

JAKARTA: Indonesia mencatatkan jumlah tertinggi jangkitan baru COVID-19, selepas merekodkan lebih 11,000 kes baru dalam tempoh 24 jam.

Rekod kematian bagi virus itu juga tertinggi selepas mencatatkan 306 lagi kematian, menjadikan kematian keseluruhan di seluruh republik itu kini 24,951 orang.

Menurut data yang disiarkan di laman rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, covid19.go.id. hari ini (13 Jan), kes positif baru COVID-19 bagi tempoh 24 jam itu adalah sebanyak 11,278 kes, menjadikan kes keseluruhan meningkat kepada 858,043 kes.

Provinsi Jakarta kekal provinsi tertinggi jangkitan virus itu iaitu 214,728 kes selepas mencatatkan kes harian tertinggi setakat ini iaitu 3,476 kes baru.

Provinsi Jawa Timur kekal provinsi tertinggi jumlah kematian keseluruhan iaitu 4,255 kematian, dengan 94 lagi kematian dalam tempoh 24 jam.

- BERNAMA/NA/na

Top