Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia lapor lagi 2,040 kes COVID-19; 73 kematian

Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 108,376 kes, iaitu pertambahan sebanyak 2,040 kes baru dalam tempoh 24 jam.

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia lapor lagi 2,040 kes COVID-19; 73 kematian

Gambar fail pekerja memakai PPE di sebuah pasar di Jakarta, Indonesia pada 25 Jun 2020. (REUTERS/Willy Kurniawan)

Diterbitkan : 31 Jul 2020 05:41PM Dikemas Kini : 31 Jul 2020 05:52PM

JAKARTA: Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 108,376 kes, iaitu pertambahan sebanyak 2,040 kes baru dalam tempoh 24 jam.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini (31 Jul), sebanyak 60,739 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19.

Bagi tempoh 12.00 tengah hari semalam sehingga 12.00 tengah hari ini, sebanyak 73 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara itu kini 5,131 orang.

Bagi tempoh 24 jam itu, Jakarta mencatatkan kes positif baru tertinggi iaitu 430 kes, diikuti Jawa Timur (317), Jawa Tengah (235) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

Dalam tempoh yang sama, 21 lagi kematian dilaporkan di Jawa Timur, manakala di Jawa Barat sebanyak 18 kematian, Jakarta (14 kematian) dan selebihnya di wilayah lain.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan