Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia lapor kes kematian harian tertinggi akibat COVID-19

Indonesia mencatatkan kes kematian harian tertinggi akibat virus COVID-19, selepas merekodkan 302 kematian dalam tempoh 24 jam.

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia lapor kes kematian harian tertinggi akibat COVID-19

Orang ramai di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta dekat Jakarta, Indonesia memakai pelitup di tengah pandemik COVID-19 (Gambar: Reuters/Willy Kurniawan)

Diterbitkan : 12 Jan 2021 08:32PM Dikemas Kini : 12 Jan 2021 08:33PM

JAKARTA: Indonesia mencatatkan kes kematian harian tertinggi akibat virus COVID-19, selepas merekodkan 302 kematian dalam tempoh 24 jam.

Menurut data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini (12 Jan), jumlah kematian keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 24,645 orang.

Provinsi Jawa Timur menjadi provinsi paling tinggi kes kematian jangkitan itu selepas merekodkan 6,576 kematian keseluruhan, dengan 65 lagi kematian bagi tempoh 24 jam.

Bagi tempoh pukul 12.00 tengah hari semalam sehingga pukul 12.00 tengah hari ini juga, Indonesia mencatatkan 10,047 lagi kes positif baru, menjadikan kes positif di republik itu kini meningkat kepada 846,745 kes.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan