Images
  • jakarta indonesia grave covid-19 corona virus
    Sebuah tanah perkuburan mangsa COVID-19 di Jakarta, Indonesia (Gambar: Reuters)

Indonesia lapor angka korban terbesar COVID-19 dalam 24 jam

JAKARTA: Indonesia pada Selasa (30 Jun) melaporkan peningkatan terbesar pada angka korban berkaitan virus korona, dengan 71 dilaporkan maut, membawa jumlah terkumpul korban kepada 2,876, menurut pegawai kementerian kesihatan Achmad Yurianto.

Encik Yurianto juga mengumumkan lagi 1,293 kes jangkitan COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini 56,385.

Kedua-dua angka korban dan kes baru yang dilaporkan hari ini adalah lebih tinggi berbanding semalam.

Pada Isnin, agensi berita Bernama melaporkan bahawa Indonesia mencatat 1,082 kes positif baru COVID-19, dengan 51 kematian dalam tempoh yang sama.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

- Reuters/BERNAMA/TQ/tq

Top