Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia lapor 2,657 kes baru COVID-19; bilangan tertinggi dalam tempoh 24 jam

Keadaan penularan COVID-19 terus membimbangkan di Indonesia, dengan negara itu melaporkan lebih 2,600 kes hari ini (9 Jul) iaitu bilangan tertinggi untuk tempoh satu hari.

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia lapor 2,657 kes baru COVID-19; bilangan tertinggi dalam tempoh 24 jam

Gambar fail kakitangan kesihatan di Indonesia memakai alat perlindungan peribadi (Gambar: REUTERS/Willy Kurniawan)

Diterbitkan : 09 Jul 2020 07:36PM Dikemas Kini : 09 Jul 2020 07:38PM

JAKARTA: Keadaan penularan COVID-19 terus membimbangkan di Indonesia, dengan negara itu melaporkan lebih 2,600 kes hari ini (9 Jul) iaitu bilangan tertinggi untuk tempoh satu hari.

Hampir separuh daripada kes baru itu dikesan di sebuah pusat latihan tentera di Jawa Barat.

Pasukan bertindak COVID-19 di Indonesia menyatakan kebanyakan kes baru adalah para pesakit tanpa gejala atau hanya mengalami simptom ringan. Mereka sudahpun diarahkan supaya menjalani sendiri kuarantin di rumah.

Para anggota pasukan itu juga berkata kenaikan besar jumlah kes baru adalah kerana lebih banyak ujian pengesanan yang dijalankan.

Bagaimanapun, pakar-pakar kesihatan awam memberi amaran keadaan mungkin bertambah buruk kerana semakin banyak kawasan di Indonesia mula melonggarkan sekatan perjalanan.

Jumlah kes COVID-19 di Indonesia dengan lebih 70,700 kes dilaporkan sejauh ini adalah yang tertinggi di Asia Tenggara.

Lebih 3,400 pesakitnya meninggal dunia. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Reuters/MU/FZ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan