Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia lapor 1,560 kes baru COVID-19, dengan 62 kematian

Kes positif COVID-19 di Indonesia kini berjumlah 109,936 kes setelah 1,560 kes baru dilaporkan dalam tempoh 24 jam.

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia lapor 1,560 kes baru COVID-19, dengan 62 kematian

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 01 Aug 2020 06:19PM Dikemas Kini : 01 Aug 2020 06:21PM

JAKARTA: Kes positif COVID-19 di Indonesia kini berjumlah 109,936 kes setelah 1,560 kes baru dilaporkan dalam tempoh 24 jam.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id pada Sabtu (1 Aug), seramai 57,816 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19.

Bagi tempoh 12.00 tengah hari semalam sehingga 12.00 tengah hari ini, sebanyak 62 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah keseluruhan kematian di republik itu kini meningkat kepada 5,193 orang.

Dalam tempoh 24 jam itu, provinsi Jakarta mencatatkan kes positif baru tertinggi iaitu 368 kes, diikuti Jawa Timur (235), Jawa Tengah (143) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

Bagi tempoh berkenaan juga, 21 lagi kematian berlaku di Jawa Timur, manakala di Jawa Barat sebanyak 13 kematian, Jakarta (12 kematian) dan selebihnya di wilayah lain.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan