Images
  • indo covid jokowi
    Presiden Indonesia Joko Widodo melihat cara pengendalian kes COVID-19 di hospital kecemasan di Perkampungan Atlit Kemayoran, Jakarta, pada 23 Mac 2020. (Gambar: Antara Foto/Hafidz Mubarak A menerusi REUTERS)

Indonesia laksana langkah-langkah darurat di Jakarta, bonus buat doktor

JAKARTA: Tempat-tempat hiburan awam seperti pawagam ditutup di ibu kota Indonesia, pada Isnin (23 Mac) pada permulaan tempoh darurat dua minggu yang dikuatkuasakan untuk membendung penularan virus korona COVID-19 di bandar terbesar Asia Tenggara itu.

Langkah-langkah baru, termasuk menggesa penduduk supaya bekerja dari rumah, masih jauh ketinggalan berbanding perintah berkurung lebih ketat yang dikenakan negara-negara jiran. Beberapa pakar sudah melahirkan kebimbangan bahawa negara yang mempunyai 260 juta penduduk itu masih belum lagi melakukan secukupnya demi membendung virus tersebut.

Jurucakap Polis Negara Muhammad Iqbal berkata 465,000 anggota polis dikerahkan di seluruh Indonesia yang meleraikan perhimpunan awam besar-besaran "demi keselamatan awam". Meskipun demikian gambar menunjukkan sebuah kereta api sarat penumpang di Jakarta menjadi tular di media sosial.

Dalam pada itu, Presiden Joko Widodo merakamkan takziah selepas persatuan perubatan mengumumkan enam doktor dan jururawat meninggal dunia setelah dijangkiti virus itu.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka atas kerja keras dan dedikasi mereka dalam menangani COVID-19," kata Encik Jokowi di acara pembukaan hospital kecemasan di tapak Kampungn Atlit yang dibina bagi Sukan Asia 2018 di Jakarta.

Indonesia mengesahkan 514 kes COVID-19 dengan 48 kematian, kebanyakannya di Jakarta, yang mana gabenornya pada Jumaat (22 Mac) mengakui bahawa pekerja perubatan sudah bertugas melebihi waktu.

Encik Widodo mengumumkandoktor dan pekerja perubatan akan menerima bonus bernilai antara 5 juta rupiah hingga 15 juta rupiah (S$440 - S$1,316) setiap bulan bagi kawasan yang sudah mengisytiharkan keadaan darurat. Selain Jakarta, daerah Jawa Timur juga mengisytiharkan keadaan darurat.

Sejauh ini, Presiden Indonesia itu keberatan untuk melaksanakan perintah berkurung kerana prihatin akan kesannya ke atas peniagaan dan golongan miskin, kebanyakan mereka yang berjualan di jalanan. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

- REUTERS/FZ/fz

Top