Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia kuat kuasa pemeriksaan polis di 12 pusat menuju kembali ke Jakarta

Polis Jakarta merancang menguatkuasakan pemeriksaan di 12 pusat yang menuju kembali ke Jakarta, Bogor, Depok, Tangerang dan Bekasi atau singkatan Jabodetabek esok (17 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia kuat kuasa pemeriksaan polis di 12 pusat menuju kembali ke Jakarta

Gambar: Polis Trafik Indonesia

Diterbitkan : 16 May 2021 06:16PM Dikemas Kini : 16 May 2021 06:18PM

JAKARTA: Polis Jakarta merancang menguatkuasakan pemeriksaan di 12 pusat yang menuju kembali ke Jakarta, Bogor, Depok, Tangerang dan Bekasi atau singkatan Jabodetabek esok (17 Mei).

Ini bagi mengawal penularan COVID-19 di kalangan rakyatnya yang balik kampung untuk sambutan Aidilfitri.

Pemeriksaan dijangka berterusan sekurang-kurangnya sepanjang tujuh hari akan datang.

Di bawah peraturan Indonesia, sesiapa yang mahu pulang ke bandar-bandar di Indonesia selepas mudik, perlu ada sijil menunjukkan ujian negatif COVID-19.

Menurut Pengarah Trafik Polis Jakarta, Sambodo Purnomo Yogo, para anggota polis akan memeriksa sijil ujian koronavirus itu secara rambang.

Jika seseorang yang pulang ke kawasan Jabodetabek tidak mempunyai sijil ujian pantas Antigen yang negatif, mereka perlu menjalani ujian swab di pusat-pusat pemeriksaan yang disediakan.

Jika ujian mereka positif, mereka akan dibawa ke Wisma Atlet iaitu Hospital Kecemasan COVID-19, untuk menjalani ujian reaksi rantaian polimerase (PCR) pula.

Mereka juga akan diasingkan sementara menunggu keputusan ujian masing-masing.

Untuk mengekang penularan COVID-19 semasa Aidilfitri, pihak berkuasa Indonesia melarang amalan mudik dari 6 hingga 17 Mei tetapi ramai warga kota yang sebaliknya pulang kampung sebelum tarikh tersebut.

Langkah tersebut berjaya mengurangkan jumlah orang yang pulang kampung dari 81 juta kepada sekitar 18 juta orang tahun ini.

Sumber : CNA/AA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan