Indonesia keluarkan amaran letusan susulan Gunung Sinabung
Para pegawai Indonesia mengeluarkan amaran pada Isnin (10 Jun) kemungkinan berlakunya letusan lanjut dari sebuah gunung berapi aktif di pulau Sumatra setelah ia memuntahkan banyak debu dan asap, sehingga menyebabkan para penduduk menjadi panik.
KARO: Para pegawai Indonesia mengeluarkan amaran pada Isnin (10 Jun) kemungkinan berlakunya letusan lanjut dari sebuah gunung berapi aktif di pulau Sumatra setelah ia memuntahkan banyak debu dan asap, sehingga menyebabkan para penduduk menjadi panik.
Gunung Sinabung yang menjadi sangat aktif sejak 2010, meledak selama kira-kira sembilan minit pada Ahad, melepaskan debu sehingga ketinggian 7 kilometer di udara.
Meskipun tiada kecederaan dilaporkan, para pegawai yang memantau gunung berapi itu memberi amaran tentang ramalan ledakan-ledakan susulan.
"Menyusuli ledakan itu, mulai tengah malam hingga 6.00 pagi, akan ada beberapa gegaran susulan," kata Willy, seorang saintis yang bertugas di pos pemantauan Sinabung.
Pihak berkuasa tidak mengubah tahap amaran bagi Gunung Sinabung tetapi menggesa para penduduk supaya menggunakan pelitup muka dan berlindung di tempat tertutup.
Gunung Sinabung, setinggi 2,460 meter, adalah antara gunung berapi yang paling aktif di Indonesia, tetapi ia tidak meledak selama 400 tahun sebelum 2010.
Indonesia mempunyai hampir 130 gunung berapi aktif, jauh lebih banyak berbanding mana-mana negara.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.