Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia kekalkan penggantungan permit tebang hutan

Penangguhan permit baru untuk menebang kawasan hutan bagi tujuan perladangan atau pembalakan di Indonesia, yang dilanjutkan secara tetap sejak 2011, kini akan dikekalkan. Demikian menurut menteri sekitaran negara itu pada Rabu (12 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia kekalkan penggantungan permit tebang hutan

Gambar fail 2010 menunjukkan jentera di tengah hutan yang ditebang di Indonesia (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 12 Jun 2019 11:13PM Dikemas Kini : 12 Jun 2019 11:17PM

JAKARTA: Penangguhan permit baru untuk menebang kawasan hutan bagi tujuan perladangan atau pembalakan di Indonesia, yang dilanjutkan secara tetap sejak 2011, kini akan dikekalkan. Demikian menurut menteri sekitaran negara itu pada Rabu (12 Jun).

Indonesia mempunyai salah satu kadar penebangan hutan yang tertinggi di dunia, dengan sekitar 74 juta hektar hutan hujan - dua kali ganda keluasan negara Jepun - ditebang, dibakar atau dimusnahkan sepanjang 50 tahun lalu, menurut Greenpeace.

Moratorium yang meliputi lebih 60 juta hektar kawasan hutan dan tanah gambut diperkenalkan pada 2011 sebagai usaha untuk mengurangkan pengeluaran gas pencemaran akibat pembakaran hutan.

"Saya membuat keputusan untuk mengekalkan moratorium dan bukan memperbaharuinya setiap dua tahun," kata Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan Indonesia Siti Nurbaya Bakar kepada para wartawan.

Indonesia terdedah kepada risiko kebakaran hutan semasa musim panas. Pemugaran tanah atau tanah gambut yang kering dikatakan sebagai punca utama.

Asap dari kebakaran sering menjejas negara-negara jiran seperti Singapura dan Malaysia, menjejas penglihatan dan membahayakan kesihatan.

Presiden Joko Widodo tahun lalu melaksanakan moratorium tiga tahun bagi permit baru ladang kelapa sawit. Beliau turut berkata permit ladang yang sudah lama tidak digunakan akan dikaji semula.

Para peladang, terutamanya yang mempunyai bidang tanah yang kecil, sebaliknya digesa untuk memperbaiki daya hasil kawasan sedia ada dan bukan memperluaskan bidang tanah ladang sedemikian.

Bank Dunia menganggarkan sekitar 2.6 juta hektar tanah di Indonesia musnah dalam satu kebakaran hutan dan tanah gambut pada 2015, mengakibatkan kerosakan sekitar AS$16 bilion.

Indonesia dan Malaysia, dua pengeluar terbesar minyak kelapa sawit, menghadapi tekanan berhubung kesan kelapa sawit terhadap alam sekitar setelah Suruhanjaya Eropah menyatakan minyak tersebut secara amnya tidak boleh digolongkan sebagai bahan pembakar pengangkutan yang boleh diperbaharui.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan