Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia gantung pembukaan ladang baru kelapa sawit

Para aktivis pencinta alam mengalu-alukan keputusan pemerintah Indonesia menggantung pembukaan semua ladang baru kelap sawit di negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia gantung pembukaan ladang baru kelapa sawit
Ladang-ladang kelapa sawit. (Gambar: Januar/AFP)
Diterbitkan : 21 Sep 2018 10:19PM Dikemas Kini : 21 Sep 2018 10:34PM

JAKARTA: Para aktivis pencinta alam mengalu-alukan keputusan pemerintah Indonesia menggantung pembukaan semua ladang baru kelap sawit di negara itu.

Presiden Joko Widodo baru-baru ini menandatangani arahan tersebut dan ia berkuatkuasa selama tiga tahun.

Langkah itu bertujuan memperelok urus tadbir ladang-ladang kelapa sawit di Indonesia dan melindungi alam sekitar.

Indonesia merupakan pengeluar terbesar minyak kelapa sawit di dunia. Minyak itu menjadi bahan utama dalam menghasilkan banyak produk kegunaan harian - makanan dan bukan makanan.

Ladang-ladangnya di Sumatera, Kalimantan dan Papua sudah berkembang dengan pesat sejak beberapa tahun lalu kerana permintaan yang bertambah. Ia menaikkan keuntungan syarikat-syarikatnya serta pendapatan cukai pemerintah.

Namun pembukaan ladang-ladang baru yang begitu pesat memusnahkan banyak kawasan hutan yang menjadi tempat tinggal haiwan-haiwan terancam pupus.

Kebakaran hutan juga berlaku setiap tahun semasa musim kering kerana perbuatan membersihkan tanah ladang menerusi kaedah tebas dan bakar.

Sumber : AFP/MU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan