Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia catat rekod kematian doktor akibat COVID-19 pada Julai

Jumlah doktor di Indonesia yang meninggal dunia akibat COVID-19 meningkat secara mendadak pada separuh pertama Julai, menurut persatuan doktor Indonesia (IDI).

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia catat rekod kematian doktor akibat COVID-19 pada Julai

Keadaan wad COVID-19 di Hospital Persahabatan Hospital di Jakarta, Indonesia pada 13 Mei 2020. (Gambar: Reuters/Willy Kurniawan)

Diterbitkan : 18 Jul 2021 09:29PM Dikemas Kini : 18 Jul 2021 09:31PM

JAKARTA: Jumlah doktor di Indonesia yang meninggal dunia akibat COVID-19 meningkat secara mendadak pada separuh pertama Julai, menurut persatuan doktor Indonesia (IDI).

Ini sedang varian Delta menyebabkan lonjakan jangkitan di merata negara.

Seramai 114 doktor meninggal dunia antara 1 Julai hingga 17 Julai, jumlah tertinggi dilaporkan bagi sebarang tempoh masa yang sama sebelum ini, sekaligus membentuk lebih 20 peratus daripada 545 kematian doktor akibat COVID-19 sejak permulaan pandemik, menurut pegawai IDI dalam satu sidang berita secara maya.

Menurut seorang pegawai kanan IDI, Mahesa Paranadipa, persatuan itu bimbang sistem perubatan mungkin tidak dapat menangani keadaan pandemik itu.

"Kami bimbang mungkin berlakunya sistem berhenti berfungsi," kata beliau. "Ini hanya data yang dilaporkan, belum termasuk data yang mungkin tidak dilaporkan kepada kami."

Jumlah kematian doktor terus meningkat di Indonesia, negara dengan mempunyai jumlah penduduk keempat tertinggi di dunia, meskipun 95 peratus pekerja kesihatan sudah divaksinasi. Ini mendorong pemerintah untuk menggunakan sejumlah vaksin Moderna sebagai suntikan rangsangan bagi vaksin Sinovac dari China untuk kakitangan kesihatan.

Didorong oleh penularan varian Delta yang lebih mudah berjangkit, Indonesia melaporkan lebih banyak kes koronavirus baru berbanding negara-negara lain di dunia sejak beberapa hari lalu, menurut purata tujuh hari lalu oleh Reuters. Negara itu di tempat kedua hanya di belakang Brazil dari segi jumlah korban.

Pakar kesihatan menyifatkan Indonesia sebagai pusat baru pandemik, setelah negara itu melaporkan 44,721 kes baru dengan 1,093 kematian pada Ahad (18 Jul).

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan