Indonesia catat lebih 3,000 kes baru COVID-19 buat hari keenam berturut-turut
Buat hari keenam berturut-turut kes baru COVID-19 di Indonesia bertambah lebih 3,000 setiap hari.
JAKARTA: Buat hari keenam berturut-turut kes baru COVID-19 di Indonesia bertambah lebih 3,000 setiap hari.
Pada Ahad (13 Sep), lebih 3,600 kes dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhannya lebih 218,000.
Data Kementerian Kesihatan Indonesia menunjukkan lebih 1,300 kes baru itu berlaku di Jakarta yang akan menguatkuasakan semula sekatan sosial secara besar-besaran mulai Isnin (14 Sep) selama dua minggu.
Bilangan kematian pesakitnya pula bertambah 73 orang kepada lebih 8,700.
Jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Indonesia adalah yang kedua tertinggi di Asia Tenggara di belakang Filipina.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.