Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia catat 3,141 kes baru COVID-19; lagi 118 maut

Indonesia mencatatkan 3,141 kes positif baru COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kes positif keseluruhan di republik itu kini 221,523 kes.

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia catat 3,141 kes baru COVID-19; lagi 118 maut

Penduduk Jakarta, Indonesia dilihat pada 6 Sep 2020 memakai pelitup di tengah pandemik COVID-19 (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 14 Sep 2020 06:36PM Dikemas Kini : 14 Sep 2020 06:40PM

JAKARTA: Indonesia mencatatkan 3,141 kes positif baru COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kes positif keseluruhan di republik itu kini 221,523 kes.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini (14 Sep), lagi 98,842 pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.

Ini merupakan hari ketujuh berturut-turut republik tersebut mencatat lebih 3,000 jangkitan baru COVID-19 setiap hari, dengan lebih 3,600 kes dilaporkan semalam.

Bagi tempoh 12.00 tengah hari semalam sehingga 12.00 tengah hari ini, sebanyak 118 lagi kematian berlaku, menjadikan angka korban kumulatif kini 8,841 orang.

Jakarta, yang kembali menguatkuasakan peraturan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) selama dua minggu bermula hari ini, masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 55,099 kes, dengan tambahan 879 kes baru.

Wilayah Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 2,800 orang, diikuti Jakarta (1,418), Jawa Tengah (1,153), Kalimantan Selatan (389), Sulawesi Selatan (383) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Bernama/Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan