Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia buru kumpulan sebar berita palsu

Pihak berkuasa Indonesia kini semakin agresif memburu individu dan kumpulan tertentu yang terbabit dalam menyebarkan berita palsu, yang dilihat cuba memecahbelahkan masyarakat dan menimbulkan kekacauan menjelang pilihan raya Presiden Indonesia tahun depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia buru kumpulan sebar berita palsu

Gambar: BAY ISMOYO/AFP

Diterbitkan : 15 Mar 2018 09:29PM Dikemas Kini : 15 Mar 2018 09:32PM

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia kini semakin agresif memburu individu dan kumpulan tertentu yang terbabit dalam menyebarkan berita palsu, yang dilihat cuba memecahbelahkan masyarakat dan menimbulkan kekacauan menjelang pilihan raya Presiden Indonesia tahun depan.

Baru-baru ini, beberapa individu ditahan, dipercayai anggota kumpulan Tentera Siber Islam (MCA), yang menggunakan aplikasi Facebook, WhatsApps, Instagram dan Twitter, menyerang pemerintah dan menyebarkan politik kebencian serta mencetuskan ekstremisme agama.

Sejak 26 Feb lalu, enam anggota MCA ditahan dan Polis Indonesia masih memburu anggota kumpulan itu yang dipercayai aktif di seluruh Indonesia.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Indonesia, Ari Dono Sukmanto berkata bahawa berdasarkan siasatan, kumpulan itu juga menggunakan media sosial dalam menyebarkan isu provokatif, mencemarkan nama baik presiden Indonesia dan tokoh-tokoh tertentu.

Peraturan Perundangan di Indonesia menetapkan bahawa mereka yang didapati bersalah menyebarkan berita palsu boleh dikenakan hukuman penjara dan denda.

Mengikut Undang-Undang Nombor 11 Tahun 2008 berkenaan Informasi dan Transaksi Elektronik (Pasal 14), mereka yang didapati bersalah menyiar dan menyebarkan berita palsu boleh dikenakan denda maksimum 10 tahun penjara dan denda maksimum Rp1 milliar (S$0.3 juta).

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan