Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia bakal terima vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech mulai Ogos

Indonesia akan menerima 50 juta dos vaksin COVID-19 yang dihasilkan bersama oleh Pfizer dan BioNTech, dengan kiriman pertama dijangka tiba pada Ogos, menurut seorang pegawai kanan kementerian kesihatan pada Sabtu (19 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia bakal terima vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech mulai Ogos

Seorang wanita mengambil vaksin AstraZeneca COVID-19 semasa program vaksinasi besar-besaran di Sanur, Bali, Indonesia pada 23 Mac 2021. (Gambar: Nyimas Laula/REUTERS)

Diterbitkan : 19 Jun 2021 10:46PM Dikemas Kini : 19 Jun 2021 11:36PM

JAKARTA: Indonesia akan menerima 50 juta dos vaksin COVID-19 yang dihasilkan bersama oleh Pfizer dan BioNTech, dengan kiriman pertama dijangka tiba pada Ogos, menurut seorang pegawai kanan kementerian kesihatan pada Sabtu (19 Jun).

"Vaksin Pfizer akan mula tiba Ogos ini, dengan bekalan antara 7.5 juta hingga 12 juta dos setiap bulan, kata Siti Nadia Tarmizi, sambil menambah bahawa bekalan itu hasil pembelian secara langsung oleh pemerintah.

Indonesia sedang bergelut dengan jumlah kes harian baru COVID-19 yang melonjak sejak beberapa minggu kebelakangan ini. Ia mencatat jumlah kes harian tertinggi pada Jumaat (18 Jun) sejak lewat Januari, dengan sebanyak 12,990 kes.

Negara itu yang mempunyai 270 juta penduduk, mencatatkan hampir dua juta kes COVID-19 sejak pandemik bermula dan 54,291 kematian, iaitu jumlah tertinggi di Asia Tenggara.

Ia merancang untuk memberi suntikan vaksin kepada 181.5 juta penduduk menjelang tahun depan. Setakat Sabtu, 12.2 juta penduduk sudah menerima dua dos vaksin yang lain.

Presiden Indonesia pada Khamis (17 Jun) mengarahkan pihak berkuasa supaya mempercepatkan program vaksinasi negara itu.

"Kami perlukan usaha vaksinasi dipercepatkan supaya dapat mencapai imuniti kelompok, yang kami harap dapat menghentikan penularan COVID-19," kata Presiden Joko Widodo semasa melawat pusat vaksinasi di luar ibu kota Jakarta.

Presiden Jokowi berkata beliau mengarahkan menteri-menteri kabinet dan pemerintah tempatan supaya menambah jumlah penduduk yang diberi suntikan vaksin setiap hari kepada sejuta orang menjelang bulan depan. Menurutnya, Indonesia kini memberi vaksinasi kepada setengah juta orang setiap hari.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan