Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia, Australia dijangka meterai perjanjian perdagangan

Indonesia dan Australia dijangka akan memeterai perjanjian perdagangan yang sekian lama dinanti-nantikan pada Isnin (4 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia, Australia dijangka meterai perjanjian perdagangan

Indonesia dan Australia dijangka akan memeterai perjanjian perdagangan yang sekian lama dinanti-nantikan. (Gambar: Juni Kriswanto/AFP)

Diterbitkan : 04 Mar 2019 10:48AM Dikemas Kini : 04 Mar 2019 10:54AM

JAKARTA: Indonesia dan Australia dijangka akan memeterai perjanjian perdagangan yang sekian lama dinanti-nantikan pada Isnin (4 Mac). Ini setelah berlakunya ketegangan diplomatik selama berbulan-bulan berhubung rancangan Canberra untuk memindahkan kedutaannya ke Baitulmakdis.

Perjanjian itu termasuk mempertingkatkan akses bagi bekalan lembu dan kambing kepada 260 juta penduduk Indonesia. Selain itu, universiti-universiti Australia, penyedia khidmat kesihatan dan para pelombong juga dijangka akan dapat memanfaatkan peluang untuk menembusi pasaran Indonesia.

Menteri Perdagangan Indonesia Enggartiasto Lukita dan rakan sejawatannya dari Australia Simon Birmingham dijadual akan menandatangani perjanjian bernilai berbilion dolar itu di Jakarta di satu acara yang dijadualkan pada jam 9.00 pagi (10.00 pagi waktu Singapura).

Akses yang lebih luas kepada pasaran Australia dijangka akan merangsang pasaran kereta dan industri tekstil Indonesia, meningkatkan eksport kayu balak, barangan elektronik dan perubatan.

Perdagangan dua hala mencecah AS$11.7 billion (S$15.8 bilion) pada tahun 2017.

Perjanjian itu dirundingkan sejak tahun 2010 dan dijangka akan dimuktamadkan sebelum hujung tahun lalu, namun ia tertangguh apabila Perdana Menteri Scott Morrison menyarankan untuk memindahkan kedutaan Australia ke Baitulmakdis.

Perjanjian itu turut dirundingkan sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Presiden Indonesia dan Presiden Joko Widodo berharap ia akan dapat mencergaskan semula ekonomi negara itu.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan