Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia anggota terbaru Majlis Keselamatan PBB

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam (8 Jun) melantik Jerman, Belgium, Afrika Selatan, Republik Dominica dan Indonesia sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan bagi penggal dua tahun bermula 1 Januari 2019.

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia anggota terbaru Majlis Keselamatan PBB

Reaksi delegasi Indonesia selepas diumumkan sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan. (Gambar: MARY ALTAFFER/AP)

Diterbitkan : 09 Jun 2018 11:24AM Dikemas Kini : 09 Jun 2018 11:30AM

NEW YORK: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam (8 Jun) melantik Jerman, Belgium, Afrika Selatan, Republik Dominica dan Indonesia sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan bagi penggal dua tahun bermula 1 Januari 2019.

Majlis tersebut merupakan satu-satunya badan PBB yang boleh mengenakan sekatan dan memberi kebenaran menggunakan kekerasan.

Indonesia memenangi satu-satunya kerusi Asia Pasifik yang dipertandingkan. Negara tersebut menewaskan Maldives dengan undian 144-46.

Empat negara anggota lain bertanding tanpa bantahan daripada 193 anggota badan itu.

Jerman dan Republik Dominika masing-masing mendapat 184 undi, Afrika Selatan mendapat 183 undi manakala Belgium meraih 181 undi.

Majlis Keselamatan PBB terdiri daripada15 anggota termasuk lima anggota tetap iaitu Britain, China, Perancis, Russia dan Amerika Syarikat (AS) selain 10 anggota tidak tetap di mana separuh daripadanya dipilih setiap tahun.

Setiap calon negara anggota perlu meraih dua per tiga undi untuk mendapat kerusi dalam majlis itu.

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan