Images
  • rubbish
    Indonesia akan memulangkan puluhan kontena berisi sampah kembali ke negara-negara asalnya. (Gambar: Santirta Martendano/AFP)

Indonesia akan pulangkan 49 kontena sisa kembali ke negara asal

JAKARTA: Indonesia akan memulangkan puluhan kontena berisi sampah kembali ke negara-negara asalnya.

Keputusan itu dibuat kerana sampah-sarap tersebut termasuk barangan toksik seperti botol plastik, lampin pakai buang dan barangan elektronik terpakai.

Sebanyak 49 kontena yang kini di pelabuhan Batam akan dikirimkan kembali ke Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Jerman dan Hong Kong.

Kontena-kontena tersebut mengandungi bahan-bahan yang mencabuli undang-undang Indonesia tentang import bahan sisa berbahaya dan toksik.

Indonesia juga merancang menghantar pulang lapan kontena berisi 210 tan sampah ke Australia.

Ini merupakan kali kedua dalam masa kurang sebulan Indonesia mengeksport semula bahan sisa yang tercemar.

Ia menyusuli tindak balas negara-negara Asia Tenggara terhadap tindakan negara-negara maju menjadikan rantau ini tapak pembuangan sampah, sejak kebelakangan ini.

- AFP/AA/ai

Top