Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

India tahan 30 orang di Srinagar bagi cegah lebih banyak bantahan

Pasukan keselamatan India menangkap 30 orang sepanjang malam semalam (19 Ogos) di Srinagar, bandar utama wilayah Jammu dan Kashmir.

Anggaran Waktu Membaca:
India tahan 30 orang di Srinagar bagi cegah lebih banyak bantahan

(Gambar: Danish Siddiqui/Reuters)

Diterbitkan : 20 Aug 2019 05:29PM Dikemas Kini : 20 Aug 2019 05:33PM

JAMMU-KASHMIR: Pasukan keselamatan India menangkap 30 orang sepanjang malam semalam (19 Ogos) di Srinagar, bandar utama wilayah Jammu dan Kashmir.

Para pegawai tempatan berkata langkah itu bertujuan mencegah lebih banyak bantahan menentang tindakan pemerintah India membatalkan status khas bahagian Kashmir yang ditadbirnya itu yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Orang ramai mengadakan siri bantahan di Srinagar meskipun pihak berkuasa sudah melaksanakan kawalan amat ketat.

Ini termasuk menyekat khidmat telefon dan internet, mengharamkan perhimpunan awam dan menahan ratusan pemimpin politik Jammu dan Kashmir.

Tindakan pemerintah New Delhi membatalkan status khas Jammu dan Kashmir sejak dua minggu lalu turut menegangkan lagi hubungan India dengan Pakistan.

Kedua-dua India dan Pakistan menuntut hak kedaulatan ke atas seluruh Kashmir.

Sebahagian lagi kawasan di Himalaya itu, Azad-Kashmir, ditadbir Pakistan tetapi mempunyai pemerintah sendiri.

Sumber : Reuters/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan