Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

India sekat warga asing selama seminggu angkara COVID-19

Semua penerbangan antarabangsa yang menuju ke India akan diharamkan selama seminggu mulai Ahad, menurut pemerintah negara itu pada Khamis (19 Mac) sedang ia mengumumkan langkah-langkah terkini untuk memerangi pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
India sekat warga asing selama seminggu angkara COVID-19

Penumpang memakai pelitup muka di tengah penularan COVID-19, di lapangan terbang di New Delhi, India (Gambar: Money SHARMA/AFP)

Diterbitkan : 20 Mar 2020 08:46AM Dikemas Kini : 20 Mar 2020 08:53AM

NEW DELHI: Semua penerbangan antarabangsa yang menuju ke India akan diharamkan selama seminggu mulai Ahad, menurut pemerintah negara itu pada Khamis (19 Mac) sedang ia mengumumkan langkah-langkah terkini untuk memerangi pandemik COVID-19.

Sebelum ucapan Perdana Menteri Narendra Modi disampaikan semalam, pemerintah India mengumumkan dalam satu kenyataan bahawa "tiada pesawat komersil antarabangsa akan dibenarkan mendarat di India mulai 22 Mac".

Semua rakyat tempatan yang berusia 65 tahun ke atas dan kanak-kanak bawah 10 tahun dinasihatkan supaya 'jangan keluar rumah'.

Wilayah-wilayah juga diarahkan oleh pemerintah supaya menguatkuasakan dasar bekerja dari rumah bagi sektor swasta, kecuali mereka yang bertugas dalam khidmat penting atau kecemasan.

Sesetengah kakitangan pemerintah juga sudah bersedia untuk menukar waktu kerja bagi menyesuaikan diri dengan keadaan semasa.

New Delhi sudah menggantung visa semua pelancong yang merancang untuk melakukan perjalanan ke negara itu, di samping melarang penumpang pesawat dari Kesatuan Eropah, Persatuan Perdagangan Bebas Eropah, Turki dan United Kingdom.

Para pelancong dari beberapa negara juga tertakluk kepada kuarantin 14 hari apabila mereka tiba di India.

Banyak sekolah dan pusat hiburan, termasuk pawagam, ditutup di merata India, negara yang mempunyai bilangan penduduk kedua paling ramai di dunia dengan 1.3 bilion.

Taj Mahal dan monumen-monumen lain juga sudah ditutup kepada para pengunjung.

Pemerintah mengesahkan terdapat 173 kes positif dan empat kematian akibat jangkitan COVID-19.

Lav Agarwal, setiausaha bersama di kementerian kesihatan, berkata pada Khamis bahawa "tiada penularan dalam kalangan masyarakat di negara ini".


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan