Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

India rampas heroin bernilai AS$2.7 bilion dari Afghanistan

India merampas hampir tiga tan heroin bernilai AS$2.7 bilion (S$3.6 bilion) dari Afghanistan yang ditahan di sebuah pelabuhan di barat negara itu, menurut para pegawai pada Isnin (20 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
India rampas heroin bernilai AS$2.7 bilion dari Afghanistan

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 21 Sep 2021 08:26PM Dikemas Kini : 21 Sep 2021 08:35PM

INDIA: India merampas hampir tiga tan heroin bernilai AS$2.7 bilion (S$3.6 bilion) dari Afghanistan yang ditahan di sebuah pelabuhan di barat negara itu, menurut para pegawai pada Isnin (20 Sep).

Dua warga India ditahan selepas heroin yang disembunyikan dalam dua kontena berlabel bedak talkum ditemui Pengurusan Perisikan Perolehan (DRI) di Pelabuhan Mundra, negeri Gujarat, barat India, kata agensi pemerintah itu.

Kontena tersebut, satu daripadanya mengandungi hampir 2,000 kilogram heroin manakala satu dengan hampir 1,000 kilogram heroin berasal dari Afghanistan dan dihantar menggunakan kapal dari sebuah pelabuhan di Iran, menurut DRI.

"Pencarian dijalankan di Ahmedabad, Delhi, Chennai, Gandhidam dan Mandvi di Gujarat," menurut agensi itu dalam satu kenyataan.

Ia menambah bahawa dadah berkenaan dianggarkan bernilai 200 bilion rupee (S$3.7 bilion).

Menurut DRI, siasatan itu juga membongkar pelibatan warga Afghanistan namun sejauh ini tiada tangkapan lanjut dibuat.

Afghanistan adalah pengeluar heroin terbesar di dunia, membekalkan antara 80 hingga 90 peratus pengeluaran global.

Penghasilan heroin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan, sekali gus membantu membiayai Taliban untuk kembali berkuasa di Afghanistan pada Ogos lalu.

Sumber : AFP/RB/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan