Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

India pertimbang izinkan penggunaan darurat vaksin sedang kes COVID-19 melonjak

India menyatakan pada Ahad (13 Sep) bahawa ia sedang mempertimbangkan untuk memberi keizinan bagi penggunaan darurat vaksin COVID-19, khususnya untuk golongan warga emas dan mereka yang bertugas di tempat-tempat kerja berisiko tinggi, sedang jumlah kes jangkitan di negara itu mencecah 4.75 juta.

Anggaran Waktu Membaca:
India pertimbang izinkan penggunaan darurat vaksin sedang kes COVID-19 melonjak

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 14 Sep 2020 10:49AM Dikemas Kini : 14 Sep 2020 10:55AM

MUMBAI: India menyatakan pada Ahad (13 Sep) bahawa ia sedang mempertimbangkan untuk memberi keizinan bagi penggunaan darurat vaksin COVID-19, khususnya untuk golongan warga emas dan mereka yang bertugas di tempat-tempat kerja berisiko tinggi, sedang jumlah kes jangkitan di negara itu mencecah 4.75 juta.

India yang secara tetap melaporkan lebih daripada 1,000 kematian akibat COVID-19 pada bulan ini, kini mencatatkan 78,586 kematian secara keseluruhan akibat penyakit itu. Negara itu mempunyai jumlah kes jangkitan kedua tertinggi selepas Amerika Syarikat, tetapi jumlah kes harian barunya sudah mengatasi Amerika Syarikat sejak pertengahan Ogos.

"India sedang mempertimbangkan mengizinkan penggunaan darurat vaksin COVID-19," kata Menteri Kesihatan Harsh Vardhan. "Jika ada kata sepakat, kami mungkin akan meneruskan dengan rancangan itu, terutama sekali bagi warga emas dan mereka yang bekerja dalam sekitaran berisiko tinggi."

Encik Vardhan berkata garis masa uji cuba Fasa 3 mungkin disingkatkan jika kebenaran darurat diberikan, namun beliau menekankan tiada jalan pintas dalam uji cuba klinikal dan vaksin hanya akan disediakan apabila pemerintah boleh memastikan keselamatan dan keberkesanannya.

Beliau berkata, tiada tarikh telah ditetapkan untuk pelancaran vaksin namun menambah, keputusan uji cuba dijangka akan jelas menjelang suku pertama 2021.

"Sebuah kumpulan pakar vaksin ditubuhkan baru-baru ini oleh pemerintah untuk mengkaji pelbagai isu berkaitan pengagihan vaksin kepada para penduduk yang mudah terjejas."

Beliau memberi komen itu selepas kementerian kesihatan India melaporkan 94,372 kes baru COVID-19 dan 1,114 kematian pada Ahad.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan