Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

India, Pakistan berbalas tembakan di Kashmir, penduduk lari menyelamatkan diri

Tentera India dan Pakistan saling berbalas tembakan di wilayah Kashmir yang dipertikaikan memaksa ratusan penduduk untuk melarikan diri, menurut polis di bahagian India wilayah itu. Kejadian terbaru ini menimbulkan tanda tanya tentang perjanjian gencatan senjata yang dicapai 15 tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
India, Pakistan berbalas tembakan di Kashmir, penduduk lari menyelamatkan diri

Seorang tentera India di sebuah pondok kawalan di Srinagar. (Gambar: TAUSEEF MUSTAFA/AFP)

Diterbitkan : 25 Feb 2018 01:26PM Dikemas Kini : 25 Feb 2018 01:46PM

SRINAGAR, INDIA: Tentera India dan Pakistan saling berbalas tembakan di wilayah Kashmir yang dipertikaikan, memaksa ratusan penduduk untuk melarikan diri, menurut polis di bahagian India wilayah itu. Kejadian terbaru ini menimbulkan tanda tanya tentang perjanjian gencatan senjata yang dicapai 15 tahun lalu.

Masih belum jelas punca pertempuran terbaru di sempadan kawalan ketenteraan yang memisahkan kedua-dua negara yang masing-masing memiliki keupayaan nuklear.

Namun, ketegangan meningkat sejak berlakunya serangan ke atas sebuah kem tentera India di Kashmir bulan ini, yang meragut nyawa enam askar.

India menuduh Pakistan melancarkan serangan itu dan menyatakan akan membalas dendam terhadap tindakannya.

Superintendan Polis Imtiaz Hussain berkata peluru serangan meriam tentera Pakistan jatuh di kawasan Uri dan beratus-ratus penduduk terpaksa lari meninggalkan rumah mereka.

Tentera India membalas dengan tembakan meriamnya sendiri, kata seorang pegawai India, kali pertama senjata berat itu digunakan sejak gencatan senjata 2003.

Pakistan tidak membuat sebarang kenyataan setakat ini.

Namun, Superintendan Hussain berkata pihak berkuasa Pakistan membuat pengumuman dari sebuah masjid, menggesa penduduk yang tinggal dekat kawasan sempadan di bahagian India untuk melarikan diri kerana situasinya teruk.

Sekitar 700 penduduk mendapatkan perlindungan di sebuah sekolah di Uri, katanya.

India dan Pakistan pernah berperang sebanyak dua kali berhubung Kashmir, sejak kemerdekaan dari Britain pada 1947.

Negara berjiran itu mendakwa wilayah Kashmir tidak dibahagikan sepenuhnya semasa pemisahan dan mentadbir bahagian berasingan. 

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan