Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

India laksana semula sekatan di Kashmir susuli pertempuran

Pihak berkuasa India menguatkuasakan semula sekatan gerakan di sebahagian besar bandar Srinagar, bandar terbesar di Kashmir pada Ahad (18 Ogos) selepas pertempuran ganas berlaku semalaman antara penduduk dan pihak polis. 

Anggaran Waktu Membaca:
India laksana semula sekatan di Kashmir susuli pertempuran

Seorang penduduk Kashmir kelihatan termenung dari dalam rumahnya yang didakwa dirosakkan pasukan keselamatan India (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 18 Aug 2019 08:39PM Dikemas Kini : 18 Aug 2019 08:47PM

SRINAGAR: Pihak berkuasa India menguatkuasakan semula sekatan gerakan di sebahagian besar bandar Srinagar, bandar terbesar di Kashmir pada Ahad (18 Ogos) selepas pertempuran ganas berlaku semalaman antara penduduk dan pihak polis.

Menurut dua pegawai kanan dan para saksi,pertempuran tersebut menyebabkan puluhan orang cedera.

Sepanjang 24 jam lalu, beberapa bantahan tercetus menentang keputusan New Delhi pada 5 Ogos untuk melucutkan status autonomi wilayah itu. Bantahan berlaku setelah pemerintah melonggarkan sekatan pergerakan pada pagi Sabtu.

Pemerintah wilayah itu menyatakan pihaknya tidak melaksanakan sebarang perintah berkurung sepanjang dua minggu lalu. Namun pada Ahad orang ramai mula diarah berpatah balik dari beberapa hadangan jalan raya yang baru dilaksanakan. Pasukan keselamatan di beberapa hadangan jalan raya memberitahu penduduk adanya perintah berkurung.

Dua pegawai kanan pemerintah memberitahu Reuters sekurang-kurangnya 20 orang dikejarkan ke hospital kerana cedera akibat peluru getah setelah pertempuran ganas berlaku di luar bandar pada Sabtu malam.

Para wakil pemerintah Jammu dan Kashmir di Srinagar serta pemerintah persekutuan di New Delhi belum menjawab pertanyaan berhubung langkah sekatan terbaru atau mengesahkan jumlah yang cedera.

Lebih 500 pemimpin politik atau masyarakat serta aktivis masih ditahan dan sebilangan daripada mereka diterbangkan ke penjara di luar wilayah itu.

Selama 30 tahun di bahagian Kashmir yang ditadbirnya, India berusaha mengawal tentangan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 50,000 nyawa. Para pengkritik menegaskan langkah New Delhi melucutkan autonomi Kashmir hanya akan memencilkan lagi penduduk dan mengapi-apikan gerakan bantahan bersenjata.

Bagaimanapun pemerintah Perdana Menteri Narendra Modi menyatakan langkah tersebut adalah penting untuk menyatukan Kashmir sepenuhnya dengan India dan merancakkan pembangunannya. 

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan