Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

India haramkan 59 aplikasi China demi 'keselamatan negara' susuli pertumpahan darah

India pada Isnin (29 Jun) mengharamkan 59 aplikasi China termasuk TikTok dan WeChat atas alasan melindungi privasi dan keselamatan negara. Ia diumumkan dua minggu selepas berlaku pertempuran berdarah antara tentera kedua-kedua negara di sempadan Himalaya.

Anggaran Waktu Membaca:
India haramkan 59 aplikasi China demi 'keselamatan negara' susuli pertumpahan darah

Aplikasi TikTok. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 30 Jun 2020 07:04PM Dikemas Kini : 30 Jun 2020 07:05PM

NEW DELHI: India pada Isnin (29 Jun) mengharamkan 59 aplikasi China termasuk TikTok dan WeChat atas alasan melindungi privasi dan keselamatan negara. Ia diumumkan dua minggu selepas berlaku pertempuran berdarah antara tentera kedua-kedua negara di sempadan Himalaya.

Hubungan antara kedua-dua negara berpenduduk paling ramai di dunia itu semakin renggang berikutan kematian 20 anggota tentera India dalam pertempuran fizikal dengan tentera China di sempadan Himalaya pada pertengahan Jun.

Kementerian Teknologi Maklumat, dalam kenyataannya, turut mendedahkan bahawa aplikasi berkenaan terlibat dalam kegiatan yang mengancam kedaulatan, kewibawaan, pertahanan, keselamatan dan ketenteraman awam India.

"Pemerintah India memutuskan untuk tidak membenarkan penggunaan aplikasi tertentu... Keputusan ini adalah langkah khusus untuk menjaga keselamatan dan kedaulatan ruang siber India."

Kenyataan itu menambah langkah tersebut diambil selepas pihak kementerian menerima beberapa aduan yang mendakwa berlaku pencurian data dan pencabulan privasi pengguna.

Namun, belum jelas bila larangan itu akan dikuatkuasakan.

Telefon bimbit China menguasai hampir 65 peratus pasaran telefon bijak di India.

Dianggarkan terdapat kira-kira 120 juta pengguna TikTok di India, menjadikan negara Asia Selatan dengan 1.3 bilion penduduk itu pasaran antarabangsa terbesar bagi aplikasi tersebut.

Aplikasi popular lain yang turut diharamkan termasuk aplikasi mikroblog Weibo dan permainan Clash of Kings. 

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan