Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

India hantar pulang 7 pelarian Rohingya ke Myanmar, meskipun dibantah PBB

Mahkamah tertinggi India pada Khamis (4 Okt) menolak permohonan untuk menghalang penghantaran pulang tujuh pelarian Rohingya ke Myanmar. 

Anggaran Waktu Membaca:
India hantar pulang 7 pelarian Rohingya ke Myanmar, meskipun dibantah PBB

Langkah pemerintah India mengundang kritikan dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. (Gambar: Dibyangshu Sarkar/AFP)

Diterbitkan : 04 Oct 2018 11:02PM Dikemas Kini : 04 Oct 2018 11:05PM

NEW DELHI: Mahkamah tertinggi India pada Khamis (4 Okt) menolak permohonan untuk menghalang penghantaran pulang tujuh pelarian Rohingya ke Myanmar, menurut laporan agensi berita China, Xinhua, yang memetik kenyataan beberapa pegawai pemerintah.

"Kami tidak cenderung untuk campur tangan atau mengganggu keputusan yang telah dibuat," menurut Mahkamah Agung India.

Keputusan itu dibuat selepas pemerintah persekutuan India menyatakan bahawa Myanmar sudah memutuskan untuk menerima orang Rohingya sebagai warga negaranya dan bersetuju mengambil mereka semula.

Pada Rabu (3 Okt), satu rayuan difailkan di mahkamah itu bagi meminta agar perbicaraan segera diadakan berhubung permohonan bagi menghalang arahan pemerintah untuk menghantar pulang ketujuh-tujuh pelarian Rohingya ke Myanmar. Mereka ditempatkan di pusat tahanan Silchar di wilayah Assam selepas didapati tinggal secara haram pada 2012.

Para pelarian Rohingya melarikan diri dari Myanmar menyusuli keganasan maut yang berlaku di wilayah Rakhine.

Langkah pemerintah India itu mengundang kritikan dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang menyatakan bahawa kepulangan pelarian tersebut secara paksa boleh dianggap sebagai satu pelanggaran undang-undang antarabangsa.

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan