Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

India hantar manusia ke angkasa lepas jelang 2022

 India akan melancarkan misi menghantar manusia ke angkasa lepas pada 2022, iaitu yang pertama bagi negara itu, menurut Perdana Menteri Narendra Modi pada Rabu (15 Ogos). Ini mungkin menjadikan India negara keempat yang melakukan demikian, selepas Amerika Syarikat, Rusia dan China.

Anggaran Waktu Membaca:
India hantar manusia ke angkasa lepas jelang 2022

Perdana Menteri India, Narendra Modi. (Themba Hadebe/Reuters)

Diterbitkan : 15 Aug 2018 04:22PM Dikemas Kini : 15 Aug 2018 04:26PM

NEW DELHI: India akan melancarkan misi menghantar manusia ke angkasa lepas pada 2022, iaitu yang pertama bagi negara itu, menurut Perdana Menteri Narendra Modi pada Rabu (15 Ogos). Ini mungkin menjadikan India negara keempat yang melakukan demikian, selepas Amerika Syarikat, Rusia dan China.

"Izinkan saya memberitakan khabar gembira kepada seluruh rakyat negara ini. Pada tahun 2022, atau mungkin sebelum itu, India akan mengibarkan benderanya di angkasa lepas.

"Dengan berbuat demikian, India akan menjadi negara keempat di dunia yang menghantar manusia ke angkasa lepas," kata Encik Modi.

Dalam ucapan Hari Kemerdekaan yang terakhir buatnya sebelum pilihan raya umum tahun depan, Encik Modi turut berkata pemerintah akan melancarkan skim insurans kesihatan bagi warga miskin bermula 25 September.

"Sudah tiba masa kita pastikan warga miskin di India mendapat akses kepada penjagaan kesihatan bermutu dan termampu," kata Encik Modi dalam satu ucapan di Delhi sempena ulang tahun ke-72 kemerdekaan India.

Sumber : Agensi berita/TQ/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan