Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

India dakwa berjaya bunuh dalang serangan bom Jammu-Kashmir

Tentera India pada Selasa (19 Feb) mendakwa sudah dapat membunuh para perancang serangan bom kereta di wilayah Jammu-Kashmir pada Khamis lalu yang membunuh lebih 40 anggota polis India.

Anggaran Waktu Membaca:
India dakwa berjaya bunuh dalang serangan bom Jammu-Kashmir

(Gambar hiasan: AFP)

Diterbitkan : 19 Feb 2019 09:26PM Dikemas Kini : 19 Feb 2019 09:32PM

SRINAGAR: Tentera India pada Selasa (19 Feb) mendakwa sudah dapat membunuh para perancang serangan bom kereta di wilayah Jammu-Kashmir pada Khamis lalu yang membunuh lebih 40 anggota polis India.

Pasukan keselamatan India terlibat dalam kejadian tembak-menembak selama 17 jam dengan militan-militan di kampung di bahagian selatan Pulwama itu pagi semalam.

Sembilan orang terbunuh termasuk tiga anggota kumpulan militan Jaish-e-Mohammed yang berpangkalan di Pakistan.

Kumpulan itu mengaku melakukan serangan bom kereta terhadap konvoi polis India di daerah ini pada Khamis lalu.

Bagaimanapun India turut menuduh Pakistan terbabit dalam serangan tersebut.

Islamabad menyangkal dakwaan India itu dan menuduh New Delhi cuba mengalihkan perhatian dunia daripada pencabulan hak asasi manusia yang berlaku di Jammu-Kashmir.

India dan Pakistan, masing-masing mentadbir sebahagian wilayah Kashmir.

Sumber : Agensi berita/MU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan