Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

India catat jumlah rekod kes COVID-19, di ambang kecemasan kesihatan awam

India kini di ambang kecemasan kesihatan awam dengan rekod baru kes COVID-19, hampir setiap hari, dengan ibu kota New Delhi melaksanakan sekatan pergerakan selama seminggu mulai hari ini (19 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
India catat jumlah rekod kes COVID-19, di ambang kecemasan kesihatan awam

Orang ramai menanti vaksin COVID-19 di Mumbai, India pada 18 Apr 2021 (Gambar fail: AP/Rafiq Maqbool)

Diterbitkan : 19 Apr 2021 06:16PM Dikemas Kini : 19 Apr 2021 06:20PM

NEW DELHI: India kini di ambang kecemasan kesihatan awam dengan rekod baru kes COVID-19, hampir setiap hari, dengan ibu kota New Delhi melaksanakan sekatan pergerakan selama seminggu mulai hari ini (19 Apr).

Pada Isnin, negara dengan 1.3 bilion penduduk itu mencatat jumlah rekod 273,810 kes baru COVID-19, membawa jumlah keseluruhan menghampiri bilangan yang dicatat di Amerika Syarikat - negara paling teruk terjejas oleh virus itu.

Ia juga merupakan hari kelima berturut-turut lebih 200,000 jangkitan baru dilaporkan.

Hospital-hospital di merata India kini melaporkan kekurangan katil, oksigen, vaksin dan ubat.

Setakat semalam, ibu kota New Delhi melaporkan ada kurang 100 katil di unit jagaan rapi, ketika bandar paling teruk terjejas di India itu mencatat 25,500 kes baru.

Jumlah kes keseluruhan di India pula melebihi 15 juta, dengan angka korban bertambah mencecah jumlah rekod 1,619, menjadi 178,769 keseluruhannya.

Ini mendorong beberapa parti pembangkang India membatalkan atau mengehadkan kempen pilihan raya mereka.

Namun Perdana Menteri India Narendra Modi masih meneruskan rapat pilihan rayanya.

Ramai juga membidas PM Modi kerana cara beliau menangani krisis sekarang. 

Sumber : Agensi berita/AA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan