Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

India batalkan status autonomi khas wilayah Jammu-Kashmir

Pemerintah India hari ini (5 Ogos), menerusi satu dekri Presiden, sudah membatalkan status autonomi khas yang diberikan kepada wilayah Jammu-Kashmir.

Anggaran Waktu Membaca:
India batalkan status autonomi khas wilayah Jammu-Kashmir

(Gambar: AFP/Rakesh/Bakshi)

Diterbitkan : 05 Aug 2019 05:44PM Dikemas Kini : 05 Aug 2019 05:47PM

SRINAGAR, JAMMU-KASHMIR: Pemerintah India hari ini (5 Ogos), menerusi satu dekri Presiden, sudah membatalkan status autonomi khas yang diberikan kepada wilayah Jammu-Kashmir.

Menurut dekri itu, langkah tersebut berkuatkuasa serta-merta.

Langkah itu dilaksanakan menyusuli kawalan keselamatan dan pencegahan amat ketat yang dikenakan di wilayah ini.

Ia termasuk menggantung perkhidmatan telefon dan internet manakala para pemimpin Jammu-Kashmir dikenakan tahanan dalam rumah.

Pembatalan status autonomi khas Jammu-Kashmir merupakan langkah paling meluas yang dilaksanakan pemerintah pusat ke atas wilayah di Himalayah itu dalam masa hampir tujuh dekad.

Jammu-Kashmir merupakan satu-satunya wilayah tadbir India yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Ia dibelenggu dengan masalah pihak pemisah sejak sekian lama.

New Delhi menyatakan pembatalan status autonomi khas Jammu-Kashmir bertujuan menyatukan sepenuhnya wilayah itu dengan seluruh India.

Ini bermakna Jammu-Kashmir perlu mematuhi seluruh perlembagaan negara India dan tidak lagi berhak untuk menggubal undang-undang sendiri.

Ketegangan semakin memuncak di Jammu-Kashmir sejak Jumaat lalu setelah para pegawai India mengeluarkan amaran tentang ancaman serangan oleh kumpulan-kumpulan militan yang berpangkalan di Pakistan.

Sumber : Agensi berita/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan