Images
  • india polls
    Para pegawai pilihan raya India menyediakan tempat mengundi di Darjeeling menjelang pusingan undi seterusnya pada 16 April. (Gambar: DIPTENDU DUTTA/AFP)

India batalkan pengundian di kawasan Vellore atas sebab pembelian undi

NEW DELHI: Dalam satu langkah bersejarah, pihak berkuasa India sudah membatalkan pengundian di kawasan Vellore di wilayah Tamil Nadu, atas sebab pembelian undi.

Ini selepas wang rasuah berjumlah lebih AS$1.5 juta (S$2 juta) dirampas dari seorang calon pilihan raya dari parti DMK.

Suruhanjaya Pilihan Raya India menyatakan keadaan di Vellore tidak sesuai untuk pengundian bebas dan adil dijalankan.

Ini bermakna para pengundi akan diharamkan daripada mengundi dalam pusingan kedua pengundian esok (18 Apr).

Tiada tarikh baru diumumkan bagi pengundian diadakan kelak.

Ini bukan kali pertama pengundian dibatalkan di India atas sebab pembelian undi.

- AFP/AA/fz

Top