India anjur persidangan keselamatan mengenai Afghanistan
India akan menganjurkan persidangan keselamatan pada Rabu (10 Nov) untuk membincangkan situasi di Afghanistan berikutan perubahan pentadbiran di Kabul baru-baru ini.
NEW DELHi: India akan menganjurkan persidangan keselamatan pada Rabu (10 Nov) untuk membincangkan situasi di Afghanistan berikutan perubahan pentadbiran di Kabul baru-baru ini.
Pegawai keselamatan tertinggi dari Iran, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Rusia, Tajikistan, Turkmenistan dan Uzbekistan akan menghadiri 'Dialog Keselamatan Serantau Delhi mengenai Afghanistan' yang akan dipengerusikan oleh penasihat keselamatan India, Ajit Doval, menurut kenyataan Kementerian Luar India pada Isnin (8 Nov).
"Ia akan membincangkan langkah-langkah untuk menangani cabaran keselamatan yang berkaitan dan menyokong rakyat Afghanistan dalam mempromosikan keamanan, keselamatan serta kestabilan," menurut kenyataan itu.
Menurut laporan media, Pakistan dan China turut diundang untuk menghadiri persidangan itu, namun kedua-dua negara itu dilaporkan tidak akan menghadiri persidangan tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.