Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Impian lanjut pengajian di NUS demi banggakan ayah saya bekas pekerja buruh di S'pura, jelas Syed Saddiq

Ahli Parlimen Johor, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, hari ini (23 Sep) menjelaskan rasa bangga beliau diterima masuk ke dalam Universiti Nasional Singapura (NUS) setelah dikritik kerana menghebohkan berita itu di media sosial. 

Anggaran Waktu Membaca:
Impian lanjut pengajian di NUS demi banggakan ayah saya bekas pekerja buruh di S'pura, jelas Syed Saddiq

Encik Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. (Gambar: Ummu Rabbisyfina/BERITAMediacorp)

Diterbitkan : 23 Sep 2020 01:00PM Dikemas Kini : 23 Sep 2020 01:02PM

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Johor, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, hari ini (23 Sep) menjelaskan rasa bangga beliau diterima masuk ke dalam Universiti Nasional Singapura (NUS) setelah dikritik kerana menghebohkan berita itu di media sosial.

Anggota Parlimen Muar berusia 27 tahun itu mendedahkan ia sudah lama menjadi impiannya untuk mendapat tempat di NUS - diiktiraf secara meluas sebagai antara universiti terkemuka di seluruh dunia - demi ayahnya, lapor Malay Mail.

"Ayah saya pekerja buruh di Singapura dan NUS universiti terbaik di sana," tulis beliau dalam satu catatan Twitter pada Selasa (22 Sep).

“Sebagai anak lelaki, saya mahu membuatnya gembira dan bangga," Syed Saddiq membalas ciapan Twitter oleh mantan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Mohd Irwan Serigar Abdullah.

“Sebagai seorang ayah, saya pasti anda faham," tambah beliau seperti ditukil oleh Malay Mail.

Syed Saddiq baru-baru ini menubuhkan sebuah parti politik berpaksikan belia yang dipanggil Muda setelah keluar daripada Parti Bersatu. Hasrat besarnya itu ditolak oleh beberapa sekutu lebih mapan dan diejek oleh mereka yang berada di pihak bertentangan.

Irwan mencemuh Syed Saddiq tentang pengumuman beliau mengenai biasiswa NUS sebagai zamil kanan di Sekolah Pengajian Dasar Lee Kuan Yew dalam catatan Twitternya semalam, dengan mengatakan ada ramai belia yang melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi sambil bekerja tanpa menguar-uarkannya di media sosial.

Syed Saddiq sebelum ini mengumumkan beliau akan memulakan kuliah online di NUS mulai 21 September.

Beliau juga berkongsi di Twitter bahawa beliau pernah dua kali menolak tawaran untuk melanjutkan pengajian dalam bidang politik di Universiti Oxford.

Tawaran pertama dilaporkan melibatkan biasiswa bernilai RM400,000 (S$132,000) pada tahun 2017. Penolakan kedua dikatakan dilakukan sebelum bertanding dalam PRU14 dua tahun lalu ketika beliau ditawarkan Biasiswa Chevening dari kerajaan Britain bagi sarjana dalam dasar awam. 

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan