Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Impian Iran ialah mahu memusnahkan negara Saudi, kata putera Saudi

Iran merupakan satu "ancaman" kerana ia ingin menghancurkan Arab Saudi. Demikian amaran seorang mantan ketua perisikan kerajaan Saudi dalam laporan Arab News.

Anggaran Waktu Membaca:
Impian Iran ialah mahu memusnahkan negara Saudi, kata putera Saudi

(Gambar: Arab News/ Facebook)

Diterbitkan : 21 Mar 2018 06:29PM Dikemas Kini : 21 Mar 2018 06:32PM

WASHINGTON: Iran merupakan satu "ancaman" kerana ia ingin menghancurkan Arab Saudi. Demikian amaran seorang mantan ketua perisikan kerajaan Saudi dalam laporan Arab News.

Putera Turki Al-Faisal, mantan duta Saudi dan ketua Pengarah Perisikan Umum, berkata Iran sudah menguar-uarkan kejayaannya menakluki wilayah serantau.

"Saya tidak fikir mereka mengancam kewujudan kita (Arab Saudi). Yang pasti, impian mereka ialah untuk memusnahkan negara Saudi. Dan ini bukan sesuatu yang baru. Ini berlaku sejak zaman kepimpinan Khomeini," kata Putera Turki kepada agensi berita NPR.

Putera Turki turut menarik perhatian kepada Iran yang disyaki menakluk negara-negara serantau termasuk Iraq, Syria, Lebanon, dan Yaman.

"Iran tidak teragak-agak untuk menakluk kesemua negara-negara ini, dan ia menguar-uarkan tentangnya. Ia bukan sesuatu yang mereka sembunyikan atau malu untuk sebut... Kepimpinan mereka menguar-uarkan keupayaan mereka untuk mengawal empat ibu negara Arab," kata beliau seperti ditukil Arab News.

Putera Turki itu juga berkata pasukan Houthi yang disokong Iran pernah cuba menakluki Yaman menggunakan kuasa ketenteraan.

"Kerajaan (Arab Saudi) sudah menjawab rayuan pemerintah yang sah di Yaman agar diberikan sokongan ketenteraan bagi membantu mereka untuk melawan Houthi dan Iran, yang cuba menakluki Yaman," kata beliau.

"Yaman bersempadankan Arab Saudi. Bayangkan jika Mexico atau Kanada mula untuk campur tangan dalam urusan Amerika Syarikat. Bagaimana reaksi Amerika? Tentu sahaja ia akan cuba untuk membela negaranya. Ya, ia rumit. Dan ya, kami menanggung risikonya. Namun, saya fikir ia munasabah untuk mempertahankan apa yang penting untuk kami."  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan