Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

IMF luluskan pinjaman AS$118.2 juta bagi usaha pemulihan Mozambique

Lembaga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) meluluskan pinjaman bernilai AS$118.2 juta (S$160 juta) pada Jumaat (19 Apr) bagi membantu dalam usaha pemulihan Mozambique yang musnah dibadai puting beliung.

Anggaran Waktu Membaca:
IMF luluskan pinjaman AS$118.2 juta bagi usaha pemulihan Mozambique

Kemusnahan di Beira, Mozambique selapas dilanda taufan Idai. (Gambar: Reuters/Josh Estey)

Diterbitkan : 20 Apr 2019 11:54AM Dikemas Kini : 20 Apr 2019 12:27PM

WASHINGTON: Lembaga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) meluluskan pinjaman bernilai AS$118.2 juta (S$160 juta) pada Jumaat (19 Apr) bagi membantu dalam usaha pemulihan Mozambique yang musnah dibadai puting beliung.

Menurut IMF, pinjaman 10 tahun tanpa faedah tersebut akan membantu menyokong pembiayaan membina semula negara itu setelah ia mengalami kemusnahan besar akibat dilanda taufan Idai.

Ribut kencang itu melanda Malawi, Mozambique dan Zimbabwe 14 hingga 15 Mac lalu, yang menurut Bank Dunia menyebabkan kerosakan bernilai AS$2 bilion (S$2.7 bilion).

Di Mozambique sahaja, lebih 600 jiwa terkorban dalam kalangan 1.85 juta rakyat yang terjejas sementara di Zimbabwe pula, lebih 340 orang mati.

Kemudahan Kredit Cepat IMF (RCG) menyalurkan dana kepada negara dengan pantas dan akan membolehkan pemerintah untuk menilai semula keutamaan dengan tumpuan terhadap bantuan kecemasan kepada golongan fakir miskin dan juga kerja-kerja pembinaan semula.

Bantuan itu juga boleh "memainkan peranan sebagai pemangkin dalam memperolehi geran daripada para penderma serta masyarakat antarabangsa," kata Tao Zhang, Timbalan Pengarah Pengurusan badan pemberi pinjaman wang yang berpangkalan di Washington itu.

Bagaimanapun, beliau menegaskan sedang pemerintah meneruskan usaha untuk menyokong keperluan kewangannya, termasuk menerusi bantuan melunaskan hutang daripada pemberi pinjaman swasta, "ia amat penting untuk meningkatkan daya tahan dan kesediaan ekonomi negara dalam menghadapi bencana alam dan perubahan iklim".

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan